Global Mega Reward (GMR)

 

Bertujuan untuk memantapkan perniagaan EVO Freedom International ke peringkat antarabangsa maka syarikat memperkenalkan program ganjaran Global Mega Global (GMR) yang di reka khas untuk kesemua Pengedar EVO Freedom menyertainya dan sasaran yang ditetapkan seperti berikut:-

 


Terma dan Syarat Kelayakan:-

  1. Pengedar memilih hadiah untuk menebus ganjaran dan mereka perlu menjadi Rakan Emas atau naik taraf untuk menjadi Rakan Emas dengan syarat membuat pre-maintain 1 set dalam Pelan B.
  2. Setiap Business Center (BC) hanya boleh layak untuk membuat tuntutan maksimum 10.000 PS/BC.
  3. Setelah ganjaran ditebus, maka EVO Freedom akan menetapkan semula kepada sifar dan pengumpulan bermula sekali lagi namun Ganjaran Jumlah Besar tidak boleh melebihi 10.000 PS. Ganjaran boleh ditebus pada bila-bila masa dan tiada tempoh luput.
  4. Ganjaran boleh dicapai melalui mod PS Antarabangsa walaubagaimanapun di setiap negara pakej ganjaran berbeza.
  5. Ahli-ahli yang layak boleh memilih untuk menebus produk-produk lain namun harga mesti sama dengan harga produk seperti di dalam pakej dan sekiranya harga melebihi maka menjadi tanggungjawab ahli untuk membayar perbezaan harga.
  6. Pengedar perlu memastikan berterusan pre-maintain 1 set setiap bulan dalam Pelan B untuk melayakkan diri. Kegagalan menyebabkan “flushing” kesemua PS yang terkumpul dan secara automatik PS akan di tetapkan semula ke sifar.
  7. Achiever mesti membenarkan EVO Freedom untuk memberi publisiti di atas pencapaian mereka, walaubagaimanapun, tiada pampasan tambahan yang akan diberikan dan Achiever di kehendakki menghadiri acara Malam Pengiktirafan jika di perlukan.
  8. Kesemua Achiever diperlukan untuk memaparkan pelekat EVO Freedom dengan jelas di kenderaan mereka untuk tempoh sekurang-kurangnya 1 tahun dari tarikh ganjaran mereka diserahkan. Ganjaran yang di berikan adalah dijamin dan tidak akan tertakluk kepada sebarang cabutan bertuah atau perkongsian. Ganjaran yang di berikan berdasarkan kepada harga sasaran dan sekiranya Achiever memilih hadiah-hadiah yang lain, maka Achiever perlu menanggung perbezaan kos.
  9. Ganjaran yang ditawarkan TIDAK BOLEH ditukar dengan wang tunai.
  10. Ganjaran yang telah di tebus tidak boleh dipulangkan atau dikembalikan.
  11. Kesemua ganjaran akan diserahkan kepada Achiever di dalam tempoh 3 minggu dari tarikh tuntutan dibuat melainkan jika berlaku keadaan yang di luar kawalan EVO Freedom seperti kehabisan stok. Dalam senario ini, maka EVO Freedom berhak untuk menggantikan ganjaran tersebut dengan produk yang serupa yang dalam lingkungan harga yang sama.