Lembaga Pengarah

Y.M TENGKU NAZRI BIN Y.A.M. TENGKU
AZMAN SHAH ALHAJ

Pengerusi

Y.M Tengku Nazri Bin Y.A.M Tengku Azman Shah Alhaj berkelulusan Diploma Graphic Design dari salah sebuah institusi pendidikan tinggi di Malaysia. Sebagai anak muda yang kreatif serta mempunyai persona unggul Y.M Tengku Nazri tidak gentar untuk menghadapi cabaran serta persaingan dunia perniagaan dengan menceburi perniagaan keluarga. Dalam jangkamasa yang singkat Y.M Tengku Nazri seorang yang gigih telah mencapai kejayaan besar.

 

Berdasarkan sifat keterbukaan serta semangat waja Y.M Tengku Nazri beberapa syarikat korporat telah meminta khidmat nasihat Y.M Tengku Nazri untuk membantu mereka didalam urusan perniagaan mereka. Lantaran itu Y.M Tengku Nazri telah memperolehi pengetahuan mendalam berkaitan operasi syarikat-syarikat tersebut. Y.M Tengku Nazri telah terlibat secara aktif didalam industri perhotelan selama lebih dari 18 tahun. Pengkhusasan serta kepakaran Y.M Tengku Nazri adalah didalam bidang media dan penerbitan.

 

 

MOHD RAFFLEE MOHD YASIN

Pengarah Exsekutif

Mohd Rafflee pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Ohio University memulakan karier beliau didalam bidang pengiklanan dan promosi didalam syarikat media terkemuka Malaysia. Melalui pengalaman bekerja yang luas bukan sahaja diMalaysia tetapi juga dibeberapa negara asing telah menjadikan beliau seorang yang mempunyai pengetahuan mendalam serta keupayaan untuk memberikan khidmat yang terbaik. Ini telah mendapat perhatian ramai ahli perniagaan yang mendapatkan nasihat serta khidmat beliau didalam mempromosi serta membangunkan perniagaan mereka ketahap yang lebih tinggi.

 

Pengalaman bekerja beliau merangkumi beberpa industri termasuk hospitaliti dan pelancongan, keahlian dan kesetiaan, pengeluaran dan juga kecantikan. Moto serta objektif beliau ialah untuk memastikan bahawa setiap produk mendapat perhatian serta penghormatan yang sepatutnya.

 

 

Y. BHG. DATO' PROF. DR. MOHD ALI HJ BAHARUM

Duta Amal Antarabangsa merangkap Penasihat Syariah

Y. Bhg. Dato’ Prof. Dr. Mohd Ali Hj Baharum, Presiden ANGKASA, merupakan ahli akademik yang terkemuka dan amat dihormati serta beliau juga adalah personaliti korporat yang disegani. Teras dorongan bagi Y. Bhg. Dato’ Prof Dr Mohd. Ali adalah untuk membantu rakyat Malaysia mencapai tahap sosio-ekonomi yang lebih unggul.


Y. Bhg.Dato’ Prof Dr Mohd Ali merupakan insan yang gigih serta beliau komited dalam meneruskan usaha untuk mempertingkatkan ilmu pengetahuan, mendalami kefahaman serta menguatkan penerangan dan pandangan di dalam pelbagai modul yang beliau minati. Selepas mencapai kelulusan Ijazah Kepujian dalam Pengajian Islam dari UKM pada tahun 1976,ini diikuti dengan Sarjana Undang-undang (LLM) UM pada tahun 1978 dan kemuncaknya PhD (Undang-Undang) University of Essex pada tahun 1986. Ini di ikuti dengan Diploma Penterjemahan (DBP), Diploma Bahasa Arab (Pusat Islam Afrika Sudan), MBA (UKM) dan Diploma Bahasa Inggeris (Stamford College).


Dari segi kerjaya, Y. Bhg. Dato’ Prof Dr Mohd Ali bermula sebagai Tutor di Fakulti Pengajian Islam (UKM) dan kemudiannya Pensyarah Undang-undang Jabatan Syariah di Fakulti yang sama. Ini diikuti sebagai Pensyarah Perbandingan Undang-Undang Kontrak Islam dan Common Law di Fakulti Undang-Undang UKM.


Bermula pada tahun 1977 portfolio Y. Bhg. Dato’ Prof Dr Mohd Ali termasuk sebagai Koperator dan yang lebih penting sebagai Ahli Panel Syariah bank-bank dan amanah saham termasuk Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti, Bank Pertanian Malaysia, Bank Muamalah, Hong Leong Bank Berhad, RHB Capital, The Royal Bank of Scotland (dahulunya ABN AMRO Bank Berhad), Opus Asset Management, Apex Unit Trust, Malaysian Building Society Berhad, Permodalan Unit Trust Terengganu Berhad, Panel Ekonomi Majlis Perundingan Islam di samping menjadi Ahli Majlis Maktab Kerjasama Malaysia ,Ahli Lembaga Pengarah Kanz Holding Sdn Bhd, Permodalan Risda Berhad dan Bank Rakyat.


Kesibukan bukan merupakan penghalang bagi Y. Bhg. Dato’ Prof. Dr. Mohd Ali untuk menjadi aktif sebagai Presiden ANGKASA sejak 2009 dan sebelum itu Timbalan Presiden ANGKASA selam 16 tahun, Pengetua Institiut Tahfiz Wata'lim Lughah Arabiah Malaysia-Sudan, Penasihat Syariah Koperasi Belia Islam (M) Bhd, Pengerusi Koperasi Konsortium Pengguna (M) Bhd, Panel Pelaburan Korporat Bersatu UKM (Fakulti Pengurusan Perniagaan) serta menjadi Perunding pelaksanaan pinjaman kenderaan dan perumahan secara Islam.

 

 

MOHD SHAPIE BIN IDRIS

Penasihat (PPN, BAT, PJK, PPA, PPS)

Mohd Shapie berpengalaman luas di dalam bidang pentadbiran dimana beliau telah berkhidmat selama dua puluh satu tahun didalam Angkatan Tentera Malaysia. Mohd Shapie bergerak aktif didalam beberapa koperasi dimana beliau telah diberikan amanah serta tanggungjawab untuk memegang jawatan penting yang antaranya Ahli Lembaga Koperasi Angkatan Tentera (M) Bhd, Setiausaha Kehormat Konsortium Koperasi Pengguna (M) Bhd, Setiausaha Kehormat Koperasi Bekas Perajurit (M) Bhd, Pengerusi Usahawan Belia dan Pengerusi Usahawan Belia dan Koperasi Wilayah, serta pembabitan didalam beberapa NGO.

 

Mohd Shapie juga telah menghadiri beberapa kursus serta seminar termasuk Kursus Keushawanan di ITTAR, Corporate Directors Training Programme, Corporate Governance in Cooperative Movement, WITS Course for Specialists School of Manpower Management Singapore serta seminar koperasi di Filipina, Vietnam, Bali dan Bandung.

 

 

KAPT. (B) HAMBALI BIN HASHIM

Pengurus Pembangunan Perniagaan

Setelah memperolehi kelulusan Diploma Pertanian dari UPM pada tahun 1989, beliau yang berjiwa patriotik telah terpanggil untuk memilih karier di dalam bidang ketenteraan dengan berkhidmat di dalam Angkatan Tentera Malaysia selama tiga belas (13) tahun dari tahun 1990 hingga tahun 2003 dan mencapai pangkat Kaptan.

 

Tugas beliau semasa berkhidmat termasuk pengalaman selama enam (6) tahun dalam tugas-tugas operasi serta tujuh (7) tahun berkhidmat di Kementerian Pertahanan Malaysia dimana jawatan yang pernah di sandang termasuk sebagai Pegawai Tadbir, Penolong Ketua Kompeni dan Staf 3 Perjawatan Pentadbiran dan Latihan. Seorang yang berpandangan jauh serta sebagai persediaan selepas persaraan dari Angkatan Tentera Malaysia pada tahun 2001 beliau telah menyertai bidang insurans nyawa dengan menjadi Agen Great Eastern Life hingga tahun 2006. Ini di ikuti dengan penglibatan di dalam bidang perdagangan dan pemasaran produk kopi habatus sauda dari tahun 2007 hingga 2008. Mulai tahun 2009 beliau telah melibatkan diri di dalam program consumer bijak berbelanja iaitu Shopping Voucher Rewards (SVR). Beliau mempunyai pengalaman selama tujuh belas (17) tahun di dalam dunia MLM.